Quantcast
Channel: contest – MohdFairiz.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7

Takutnya Nak Sedekah

0
0

Hidupkan untuk memberi…

Satu ungkapan yang aku rasa cukup bermakna sekali bagi sesiapa sahaja sekalipun. Kalau ada yang tak setuju apa yang aku tuliskan ni, aku peduli apa..aku tulis supaya korang akan lebih rasa nak memberi walau apa pun yang korang beri tu, memberi makna yang sungguh manis bagi si penerima.

Tangan Yang Memberi, lagi baik daripada yang menerima…..

Pepatah lama yang orang Melayu buat ini memang sungguh dalam maksudnya. Tapi pada zaman sekarang ni tak ramai yang mampu buat. Memberi sesuatu yang mampu menggembirakan hati seseorang itu walaupun nampak sedikit agak sukar untuk kita lupakan. Sebagai contoh, korang tolong bayarkan tol orang belakang punya sekali, tolong makcik melintas jalan, tolong orang angkat barang sebab korang nampak pada masa tu dia agak seksa nak mengangkatnya. Semua ini merupakan antara perkara-perkara kecil yang mungkin korang tak nampak kebaikannya.

Takut Nak Sedekah

Susah Ke Nak Sedekah?

Konsep sedekah pada kaca mata orang amat berbeza sekali.Mungkin dipengaruhi juga dengan gaya hidup dan corak pemikirannya. Ada orang berpendapat, jika nak bersedekah hanya bagi dalam bentuk wang ringgit kepada anak-anak yatim, ada juga berpendapat kita bagi baju-baju lama yang terpakai (masih elok) untuk mereka yang memerlukan seperti contoh sebelum ni untuk mangsa-mangsa banjir di pantai timur. Ada juga yang berpendapat, dia tak mampu nak bersedekah, kerana dia rasakan diri sendiri punya perbelanjaan pun tak cukup untuk menampung kehidupan seharian, apatah lagi untuk memberi duit kepada orang tanpa sebab yang munasabah.

Betul tak, kalau korang fikirkan secara logik, kenapa aku kena bagi duit pada dia? Kenapa plak aku kena tolong dia? Aku tak kenal, kenapa nak kena bagi sumbangan? Kenapa kena tolong?

Perkara-perkara macam inilah yang membuatkan ramai orang berfikiran, aku, aku dan engkau, engkau…

Konsep sedekah bagi duit ini memang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita, tak ramai yang mampu buat perkara selain daripada itu, kerana itu dirasakan paling mudah bagi mereka. Hanya dengan 10 sen, mereka sudah boleh bersedekah walaupun sedikit nilai dipandang.Teknik untuk bersedekah aku rasa aku pernah tulis untuk korang baca dan praktikkan. Dah pernah buat? Senang bukan?

Mungkin ada yang berfikir dua kali dan beranggapan, ko bolehlah, ada bisnes sendiri, duit komisen dapat ribu-ribu sebulan, siap dapat Top Affiliate la, buat bisnes itu ini lah..boleh la kan..aku ni ada apa je..Betul ke? Cuba korang tengok sendiri apa yang korang boleh buat untuk gembirakan hati orang lain dan menceriakan orang lain yang mungkin korang rasa tak logik, tapi best!

10 Contoh perkara yang boleh korang buat untuk gembirakan orang disekeliling korang:

1.Belanja makan orang disebelah korang sewaktu makan tengah hari atau makan pagi.
2.Bayarkan tol untuk orang belakang waktu korang nak pergi kerja pagi.
3.Masakkan sesuatu yang special kepada rakan ofis korang dan share kan makanan tu selagi ada.
4.Berikan hadiah hari jadi kepada rakan korang yang ada di Facebook atau rakan pejabat korang yang jarang korang sembang.
5.Belikan paper dan share kan untuk orang lain baca setiap hari.
6.Tolong buat bayaran online bagi bil-bil yang ringkas seperti bil telefon,bil TNB..
7.Belanja segelas teh tarik kepada next customer di kedai mamak yang korang minum.
8.Nampak je tabung derma, cuba untuk buat sumbangan, walaupun nilainya 10 sen sahaja.
9.Belikan apron baru kepada makcik gerai yang korang selalu pergi makan pagi/tengah hari tu.
10.Hadiahkan sekuntum bunga kepada semua staff perempuan kat pejabat korang yang berdekatan tanpa sebab.

Banyak lagi idea best yang ada korang boleh buat untuk menggembirakan orang lain atau secara tak langsung menceriakan hari mereka. Mungkin pada hari tersebut ada yang merungut rungsing dengan pelbagai masalah yang mereka hadapi, secara tak langsung, korang dapat memberikan satu nilai yang baik kepada mereka yang menerimanya.

Ada tak idea lain yang korang rasa menarik? Share dan viralkan post ini supaya ramai yang dapat manfaatnya supaya orang lain pun dapat buat perkara yang sama.

Cuba kongsikan di ruangan komen…

Ganjaran:

Idea Gembira ke -55 yang paling bernas sekali, aku akan berikan wang tunai RM55.00 kepada yang bertuah!

#harapan #semangat #kekuatan

The post Takutnya Nak Sedekah appeared first on MohdFairiz.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7

Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:

Trending Articles


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Ardilla para colorear


All About Tagalog Quotes


Di: Andreavedy


Version 0.8.5 – Peb txhawb tus Lao heev


Sa ar tylli ki iew khappud ha Bholaganj bad Ryngku, rai ka Jylla bad ka...


Sdang ialam bakla ki bor pyniaid ka MBOSE halor ka Exam SSLC 2024


EASY COME, EASY GO


Vimeo 10.2.0 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC





Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:

Re:

Re: